"Masih Bahagia, Jangan Kacau" - Bagi Amaran, Sharifah Sakinah Sambut Hari Jadi Anak Bertemakan All Black

Hiburan

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah seakan-akan memberikan amaran untuk mana-mana individu agar tidak mengganggu rumah tangganya menerusi sekeping foto yang dimuat naik baru-baru ini.

Dalam entri Instagram itu, Sakinah bersama suami, Aliff Adha menyarung persalinan jubah hitam sempena meraikan ulang tahun pertama, Anais Adha hujung minggu lalu.

"Masih bahagia. Jangan kacau!" tulis pelakon itu.

Netizen yang terkesan dengan kapsyen itu memuji tindakan Sakinah memberikan 'amaran' awal.

Majlis sambutan hari jadi Anais berlangsung meriah sekali dengan majlis berbuka puasa di Glam Hall, Damansara dengan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

Jom saksikan foto-foto menarik sekitar majlis hari jadi Anais Adha yang bertemakan 'all black'.
 
 

Majlis Kesyukuran ANAIS Location:- Mercu Mustapha Kamal #sharifahsakina @sharifah_sakinah

A post shared by Photographer (@todakmerahphotography) on

 

Masih bahagia. Jangan kacau!

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on




Teks oleh: Amri Hassan

Artikel Berkaitan