Tahap Kesihatan Semakin Merosot, Gambar Terbaharu Jet Li Buat Peminat Terkejut

21 Mei 2018. 4.03 PM
3,707
Hiburan
Tahap Kesihatan Semakin Merosot, Gambar Terbaharu Jet Li Buat Peminat Terkejut
Pelakon terkenal antarabangsa, Jet Li dilaporkan mengalami masalah penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius sejak lima tahun lalu.

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila tular gambar terbaharu Jet Li atau nama sebenar Li Lianjie, 55, yang kelihatan semakin uzur.

Gambar tersebut menunjukkan Jet Li sedang melawat sebuah kuil di Tibet dan dia juga terpaksa dibantu untuk bergerak.

Rata-rata peminat yang menyaksikan gambar itu mengakui terkejut dan mereka berkongsi petua supaya dia dapat mengubat penyakit yang dialaminya itu.

Tahun lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai.

Dia mendedahkan mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik. 

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisma tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Sumber: South China Morning Post

Susunan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan