"Saya Lebih Bebas Melakukan Apa Saja, Termasuk Tidur Lebih Lena" - Rosmah Mansor

21 Mei 2018. 3.13 PM
3,030
Hiburan

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menyimpan dendam terhadap individu yang berpaling tadah dan menyalahkan suami selepas kekalahan BN dalam PRU14, lalu.

Menurut laporan Malay Mail, Rosmah mengakui kehidupannya kini lebih bebas melakukan apa saja, termasuk tidur lebih lena.

"Ia adalah perkara biasa dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan.

"Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu

"Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

"Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka," katanya.

Rosmah berharap, siasatan dan pemeriksaan polis di rumahnya dapat berakhir dengan cepat, kerana beliau dan keluarganya mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan Najib kerana kekalahan PRU14 dengan mengatakan mereka tidak berani menyuarakan pendapat kerana takut akan tindakan balas.

Sumber: Malay Mail

Artikel Berkaitan