Foto Alat Sulit Lelaki Di Instagram Zul Ariffin?

Hiburan
Foto Alat Sulit Lelaki Di Instagram Zul Ariffin?
Selepas kecoh kisah putus cinta dengan aktres Zahirah MacWilson minggu lalu, netizen di media sosial dikejutkan pula dengan foto alat sulit lelaki di Instagram Story Zul Ariffin pada malam tadi.

Bagaimanapun, foto yang dimuat naik kira-kira pukul 8 malam itu telah dipadam sekitar dua minit kemudian.



Tidak percaya dan terkejut, rata-rata netizen mengandaikan akaun Instagram pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba itu telah digodam.
 



Buktinya, kelab peminatnya Zul Ariffin FC telah memuat naik kenyataan bahawa akaun Instagram pelakon itu telah digodam.



"Hai guys, akaun bos (Zul) telah digodam. Dia telah membuang semua gambar berkenaan dan semuanya dalam kawalan.

"Kami memohon maaf jika entri terbabit telah menyinggung perasaan anda.

"Bos kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi," tulis akaun kelab itu.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Zul.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter, Zul Ariffin FC

Artikel Berkaitan