Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan

14 Februari 2018. 3.08 PM
19,300
Hiburan
Azmil Mustapha Meninggal Dunia- ‘Ali Setan’ Kini Dalam Kenangan
Pelakon popular era 80-an yang dikenali menerusi filem Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar pukul 1 tengah hari tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. 

Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada November tahun lalu kerana sesak nafas.

Bintang filem yang turut dikenali menerusi filem Mekanik itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima orang anak.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. 

Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Foto: Google

Artikel Berkaitan