“Air Mata Palsu? Apa-Apa Je Lah...”- Haqiem Rusli Dah Kebal Dengan Kutukan Netizen

13 Februari 2018. 10.30 PM
5,312
Hiburan
“Air Mata Palsu? Apa-Apa Je Lah...”- Haqiem Rusli Dah Kebal Dengan Kutukan Netizen
Penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli akui sudah kebal terhadap kritikan dilemparkan netizen terhadapnya.

Haqiem, 18, ketika ditanya mengenai tuduhan mengalirkan air mata palsu ketika persembahan di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 baru-baru ini memberitahu, tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut.

“Air mata palsu? Apa-apa je lah. Saya tidak kisah apa yang haters nak lemparkan kepada saya.

“Sebelum ini pun dah macam-macam cacian saya hadapi. Bukan saya sahaja, kawan-kawan saya yang lain seperti Aiman Tino, Irfan Haris, Ismail Izzani dan yang lain-lain pun dah kebal,” katanya.

Katanya lagi, dia gagal mengawal perasaan sebak ketika persembahan baru-baru kerana apa yang ingin disampaikan menerusi lagu Tergantung Sepi, sampai.

“Saya menghayati setiap baris lagu tersebut dan apabila terpandang wajah sahabat-sahabat kurang upaya yang mengalami masalah pendengaran serta bisu di pentas, saya sedih.

“Apa-apa pun saya puas hati kerana akhirnya saya dapat sampaikan maksud tersirat di sebalik lagu Tergantung Sepi,” katanya yang turut mempunyai masalah kesihatan pada malam final AJL 32, Ahad lepas.

Mengulas mengenai lagu nyanyiannya yang menduduki tempat ketiga di AJL 32, Haqiem berkata dia bersyukur kerana kehadirannya dalam bidang nyanyian diterima.

“Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya selama ini dan semua itu merupakan pembakar semangat buat saya untuk terus berada di sini,” ujarnya.

Foto: Instagram TV3

Artikel Berkaitan