"Mata Fasha Menggoda, Menakutkan" - Aliff Syukri

13 Februari 2018. 4.29 PM
5,568
Hiburan

Pelakon utama filem Badang, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia gementar digandingkan bersama aktres cantik, Fasha Sandha.

Kata Aliff, dia berdepan kesukaran untuk bertentangan mata dengan Fasha sepanjang proses penggambaran selama sebulan lebih.

"Akan ada pelbagai aksi saya dipukul, diterajang, jadi orang gila, separuh bogel dan macam-macam lagi.

"Malah, ada juga babak percintaan saya dengan Fasha Sandha.

"Bagaimanapun, apabila berdepan dengan Fasha saya tidak boleh memandang matanya. Mata Fasha menggoda dan menakutkan saya.

"Setiap kali babak bersama dia, saya hanya boleh pandang keningnya sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Aliff Syukri menambah, pengalamannya berlakon bersama Fasha dalam filem Badang membuka matanya tentang dunia seni dan disiplin bekerja.

"Waktu bekerja Fasha sangat serius. Saya takut dengan dia sebab kalau ditegur dia tidak akan melayan.

"Ibaratnya saya ada buat salah dengan dia. 

"Fasha sangat berdisiplin dan akan sampai awal ke set penggambaran, itu yang saya kagum dengannya," tambahnya.

Filem Badang diarahkan oleh Prof. Datuk Dr. A. Razak Mohaideen dan bakal ditayangkan pada Khamis ini, 15 Februari 2018.





Teks oleh: Amri Hassan

Artikel Berkaitan