“Sebagai Doktor, Saya Percayakan Vaksin”- Dr. Sheikh Muszaphar

13 Februari 2018. 12.58 PM
12,127
Gaya Hidup
“Sebagai Doktor, Saya Percayakan Vaksin”- Dr. Sheikh Muszaphar
Kebelakangan ini, terdapat ibu bapa yang menentang pengambilan vaksin terhadap anak mereka.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar mempunyai pendapatnya tersendiri mengenai pengambilan vaksin.

Sebagai seorang doktor bedah Ortopedik, Sheikh Muszapahar memberitahu dia amat percayakan vaksin untuk melindungi anaknya daripada sebarang penyakit berbahaya.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya dia memberitahu ramai juga ibu bapa yang tidak mengambil vaksin untuk anak mereka.

Tidak pasti mengapa ada ibu bapa yang menolak vaksin, tetapi bagi Sheikh Muszaphar dia akan pastikan anak-anaknya diberi vaksin mengikut dos dan waktu yang ditetapkan.

“Hari ini adalah waktu untuk vaksin kembar saya.

“Sepatutnya mereka sudah diberikan vaksin sebulan yang lalu tetapi baru kini ada masa yang sesuai dan lapang untuk berbuat demikian.

“Ramai yang menolak vaksin terhadap anak mereka.

“Saya tak pasti apa sebab mereka menolaknya, tetapi sebagai doktor saya percayakan vaksin.

“Malah saya akan cuba pastikan anak-anak saya diberi vaksin mengikut masa yang ditetapkan,” tulisnya.
 

Foto: Instagram Sheikh Muszaphar
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan