AJL 32: Tupperware Merah, Lalat & Nabila Razali ‘Over’ Sebab Nangis Bila Hael Menang?

12 Februari 2018. 12.55 PM
333,112
Hiburan
AJL 32: Tupperware Merah, Lalat & Nabila Razali ‘Over’ Sebab Nangis Bila Hael Menang?
Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) melabuhkan tirainya malam tadi. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Jampi yang dinyanyikan sendiri oleh Hael berjaya meraih gelaran juara AJL 32.

Seperti biasa, media sosial tertumpu dengan kehangatan AJL 32 dan netizen sentiasa memberikan pelbagai komentar mengenai pertandingan berprestij tersebut.

Astro Gempak senaraikan 10 perkara menarik yang terjadi sepanjang AJL 32:

1. Busana yang disarungkan oleh artis dan tetamu yang hadir di Axiata Arena menjadi tumpuan serta kritikan netizen. Antara yang menjadi mangsa ialah pakaian yang digayakan oleh Wany Hasrita dan Nur Sajat. Busana merah Wany disamakan seperti ‘tupperware merah mak’ dan warna pakaian yang disarungkan Sajat disamakan seperti lalat. Tapi bagi kami, busana Wany dan Sajat lawa dan cantik je, kan?
 

2. Persembahan pembukaan oleh Stacy berada dalam kelas tersendiri. Stacy menjadikan segmen itu seperti konsertnya dan membuktikan dia layak memegang gelaran ‘Ratu Tari Malaysia’!
 
3. Penonton di Axiata Arena sempat menjerit nama ‘Sofi Jikan’ sebelum Azmi Caliph Busker menyanyikan lagu Sejati. Ini kerana raut wajah pelakon yang melontarkan dialog sebelum Azmi menyanyi seiras dengan Sofi. Laungan tersebut membuatkan penonton lain tergelak!


4. Lagi mengenai Sajat. Usahawan kosmetik itu mencuri perhatian ramai pihak di Axiata Arena dan tumpuan yang diberikan kepada Sajat melebihi selebriti lain yang ada di sana. Bayangkan, penonton bersorak gemuruh tatkala pengasas produk Let’s Cantik itu berjalan masuk dan keluar arena. Mendapat jeritan yang paling kuat, Sajat siap melambai penonton yang berada di arena, persis seorang ratu cantik. Kelas kau Sajat!
 
5. Gandingan Alif Satar dan Sherry Alhadad sangat serasi dan profesional. Tidak perlu menggunakan ‘cue card’, Alif dan Sherry kelihatan sangat selesa bersama. Penampilan mereka sebagai pengacara juga mendapat pujian ramai. Ini merupakan gandingan kedua Alif dan Sherry di kaca televisyen selepas mengacarakan program Rockanova yang pernah bersiaran di Astro Prima tahun lalu.
 
6. Persembahan Hazama The Penglipurlara menepati tema Fesyen & Muzik yang diangkat oleh AJL 32. Persembahan yang kemas, memukau serta lontaran vokal Hazama yang mantap membuatkan penonton terhibur. Penampilan Hazama dengan ‘mata biru’ kelihatan agak unik. Namun begitu, ada kanak-kanak yang takut kerana terkejut selepas melihat Hazama. Alamak!
 
7. Persembahan Altimet menyanyikan lagu Amboi membuatkan penonton mahu sama-sama menari. Penampilan Nabila Huda sebagai ‘opah’ turut menggamatkan lagi pentas!
 
8. Ramai yang mempersoalkan mengapa Nabila Razali menangis apabila Hael diumumkan sebagai pemenang AJL 32. Lebih teruk, ada netizen yang melabelkan reaksi Nabila sebagai sesuatu yang ‘over’. Untuk pengetahuan semua, Nabila dan Hael merupakan sahabat baik dan mereka saling mengenali ketika sama-sama berjuang dalam AF 2013. Ketika itu, Hael masih bersama kumpulan duo Azhael. Lagu hits Nabila, Cemburu dan Pematah Hati merupakan hasil ciptaan Hael. Nabila menangis sebab bangga sahabat baik dia menang tu!
 
9. Seperti biasa, Iqram Dinzly berjaya mencuri perhatian. Ramai yang terkejut apabila kelibat Iqram tiba-tiba muncul menari atas pentas ketika Hael menyanyikan lagu kemenangannya. Dah macam IG Live dah Iqram oi!
 
10. Secara keseluruhan, penganjuran AJL 32 berada di kelas tersendiri dan ramai memuji edisi AJL kali ini lebih baik berbanding beberapa tahun kebelakangan ini. Syabas diucapkan kepada semua tenaga produksi dan peserta!
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan