"Happy Birthday Mom" - Laudya Cynthia Bella Sambut Hari Lahir Erra Fazira

9 Februari 2018. 7.27 PM
51,651
Hiburan

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menyambut hari kelahiran penyanyi Erra Fazira.

Bella membuat kejutan hari lahir Erra yang ke-44 bersama anak, Engku Aleesya dan beberapa orang teman.

Bella berkongsi video Erra meniup lilin kek hari jadinya menerusi Instagram Stories dengan kapsyen "Happy birthday Mom." 

Erra turut berkongsi video reaksi terkejutnya menerusi Instagram Stories.

"Thank you for the surprise. I didn't know that you gonna come today," kata Erra.

Kemesraan antara Bella dan Erra menarik perhatian peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini, Erra menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Bella yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan