Gambar Tak Konti Dengan Kapsyen, Netizen Anggap Iqram Dinzly Terpesong & Perlu Pemulihan

Hiburan
Gambar Tak Konti Dengan Kapsyen, Netizen Anggap Iqram Dinzly Terpesong & Perlu Pemulihan
Beberapa jam lalu, pelakon Iqram Dinzly sekali lagi mencetus kontroversi di laman sosial Instagram (IG) apabila memuat naik foto sedang memegang bahagian dada sebuah patung.

Menerusi foto tesebut Iqram telah menulis kasyen menarik berunsur peringatan dan nasihat, namun perkara tersebut tidak disenangi netizen.

Ada netizen menganggap foto dan kapyen Iqram tidak selari sehingga mendakwa pelakon tersebut sudah terpesong dan memerlukan bimbingan.



Tidak kurang juga peminat yang risaukan keadaan Iqram yang dianggap semakin membimbangkan dan meminta dia ke pusat pemulihan.

Bagaimanapaun, ada peminat yang menyelar tindakan sesetengah netizen yang menegur Iqram dengan cara kasar dan tidak sesuai dan kurang sopan.

Mereka juga meminta agar golongan yang suka mencaci dan mencari kesilapan orang lain melihat maksud tersirat disebalik foto dan kapyen dimuatnaik, bukan sekadar pandai mengeji atau menghina.

 Foto: Instagaram Iqram Dinzly
 

Artikel Berkaitan