“Umi Please Jangan Buat Sabrina Macam Ni” – Siti Nordiana Usik Elizad

Drama
“Umi Please Jangan Buat Sabrina Macam Ni” – Siti Nordiana Usik Elizad
Komen penyanyi Siti Nordiana pada salah satu video yang dimuat naik pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua, Siti Elizad menerusi akaun Instagram (IG)nya mendapat perhatian peminat.
 
Elizad telah memuat naik video sedutan pendek drama Syurga Yang Kedua beserta kapsyen:
 
Umi ni semua tak boleh.  Asal pasal Sabrina je semua tak ok? Kenapa umi? @azizakazan,” tulisnya.
 
Video tersebut kemudiannya mendapat maklum balas Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana yang memberikan komen lucu sebagai tanda mengusik kepada Elizad.
 
“Umi please jangan buat Sabrina macam ni hihi @elizadsharifuddin ok tak kita cuba pujuk umi awak?” tulis Nana.
 
Komen berkenaan kemudiannya dibalas kembali oleh Elizad beserta emoticon berbentuk hati.
 
“@sitinordiana ok sangat awak! Makasih awak. Pinjam bahu tumpang nangis,” tulisnya.
 

Respon kedua-dua selebriti itu mendapat pelbagai reaksi pengikut IGnya.
 
“@sitinordiana hahaha comel jaa bagi komen gitu,” - @hanis_snd
 
“@sitinordiana @elizadsharifuddin comey sangat awak berdua ni. Aduduh,”-@ eyqa.paris

 
Menerusi drama tersebut, Elizad melakonkan watak Sabrina, sahabat baik kepada Vivy (Fasha Sandha).
 
Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
 
Foto: Instagram @elizadsharifuddin / @sitinordiana
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan