Drama Lakonan Farid Kamil, Lafazkan Kalimah Cintamu Ditayang Seperti Biasa Di Astro

15 Januari 2018. 10.49 AM
6,238
Hiburan
Drama Lakonan Farid Kamil, Lafazkan Kalimah Cintamu Ditayang Seperti Biasa Di Astro
Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memberitahu drama lakonan Farid Kamil, Lafazkan Kalimah Cintamu yang dijadualkan bersiaran bermula malam ini diteruskan.

Tambah Raqim, situasi yang sedang dihadapi Farid yang memegang watak Tengku Ryan Ameer itu tidak ada kaitan dengan drama tersebut.

“Penonton sekarang bijak menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya.

“Kami yakin drama Lafazkan Kalimah Cintamu akan diterima ramai seperti drama-drama lain bagi slot Mega Drama Astro Ria, seperti sebelum ini.

“Tambahan pula Latazkan Kalimah Cintamu ialah adaptasi novel terkemuka dan mempunyai peminat tersendiri,” katanya lagi.

Drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Nadiyah Shahab  dan ramai lagi.

[[BACA: “Stay Strong Abang Farid, Semoga Allah Permudahkan Semuanya” – Nelydia Senrose]]

Jangan lupa saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu yang akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123.
 
 

Artikel Berkaitan