“Kalau Anak Bawa Bekal, Cukup Bagi Duit Saku RM 1 Sehari” – Dr Sheikh Muzaphar Ajar Anak Menabung

Gaya Hidup
“Kalau Anak Bawa Bekal, Cukup Bagi Duit Saku RM 1 Sehari” – Dr Sheikh Muzaphar Ajar Anak Menabung
Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muzaphar berkongsi cara mengajar kedua-dua anak perempuannya, Sophea Isabella, 7, dan Sophea Natasha, 6 belajar menabung.
 
“RM1 sehari sudah memadai sekiranya mereka membawa bekalan makanan dan ajar mereka menabung,” tulisnya di akaun Instagram (IG) peribadinya.
 
Selain menabung, Sheikh Muzaphar mengingatkan agar ibu bapa perlu peka dan meluangkan masa untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah mereka.
 
Menerusi entri terbaru itu juga, Sheikh Muzaphar telah mendedahkan rutin harian yang dilakukan oleh Isabella dan Natasha selepas ditanya oleh pengikut IGnya.
 
“Bella seronok ke sekolah. Disebabkan permintaan ramai, hari ini nak bercakap Melayu pulak.
 
“Dah 8 hari budak budak ke sekolah. Bella di Tahun 1 dan Tasha pergi ‘Kindergarten’.  Kedua -duanya sekolah Cina. Nampaknya mereka begitu serasi dan seronok walaupun dikejutkan pada jam 6 pagi.
 
“Bella dah ada ramai kawan dan selalu ceritakan mengenai hal-hal sekolah . Dah mula bercakap Mandarin bersama Tasha. Kedang-kadang menyanyi lagu Cina bersama. HaHa
 
“Banyakkan bertanya kepada anak-anak supaya mereka menceritakan apa yang berlaku di sekolah. Elok untuk minda. Periksa beg mereka setiap hari. Buat homework bersama mereka sekurang -kurangnya 30 minit sehari. Jadual Bella & Tasha setiap hari.
 
“Pagi - Sekolah Cina. Balik jam 1.30 pm ‘worksheet’ selama 20 minit dan makan tengah hari. Jam 2.30 pm - Bella Sekolah Agama dan Tasha kelas mengaji dan kini Iqra” 5. Alhamdulillah ...
 
“Jam 530 pm - balik mandi & dinner. 730 pm - Kumon Maths & English. 8.30 pm – ulangkaji. 9.00 pm - Quran & Hadith. 9.45 pm - masuk tidur
 
“Itu pun masih bertenaga dan kena bacakan ‘bedtime stories’ sebelum terlelap. Jadual padat. Weekend - penuh dengan aktiviti TaeKwanDo, berenang, dan ‘active sports’.
 
“Yang penting mereka berasa seronok. Dikongsikan jadual ‘the girls’ sebab ramai yang bertanya,” jelasnya.
 
Disebabkan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya memuji Sheikh seorang bijak menguruskan hal anak-anaknya.
 
 

Pic - Bella seronok ke sekolah .,.. Disebabkan permintaan ramai , hari ni nak bercakap Melayu pulak . Dah 8 hari budak budak ke sekolah. Bella di Tahun 1 dan Tasha pergi Kindergarten - kedua dua sekolah Cina . Nampaknya mereka begitu serasi dan seronok walaupun dikejutkan pada jam 6 pagi . Bella dah ada ramai kawan dan selalu ceritakan mengenai hal hal sekolah . Dah mula bercakap Mandarin bersama Tasha . Kekadang menyanyi lagu Cina bersama . HaHa Banyakkan bertanya kepada anak anak supaya mereka menceritakan apa yang berlaku di sekolah . Elok untuk minda . Periksa beg mereka setiap hari . Buat homework bersama mereka sekurang kurangnya 30 minit sehari. RM1 sehari sudah memadai sekiranya mereka membawa bekalan makanan dan ajar mereka menabung . Jadual Bella & Tasha setiap hari ... Pagi - Sekolah Cina . Balik jam 130 pm worksheet selama 20 min dan lunch . Jam 230 pm - Bella Sekolah Agama dan Tasha kelas mengaji dan kini Iqra” 5 . Alhamdulillah ... Jam 530 pm - balik mandi & dinner . 730 pm - Kumon Maths & English 830 pm - ulangkaji 900 pm - Quran & Hadith 945 pm - masuk tidur Tu pun masih bertenaga dan kena bacakan bedtime stories sebelum terlelap . Jadual padat ... Weekend - penuh dengan aktiviti TaeKwanDo , berenang , dan active sports . Yang penting mereka berasa seronok .... Dikongsikan jadual the girls sebab ramai yang bertanya . Happy Wednesday Everyone ...

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on


Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar
 

Artikel Berkaitan