Penyanyi MonoloQue akui kagum dengan bakat yang ada pada pemuzik jalanan atau ‘busker’ tempatan hari ini. Menurut MonoloQue, bakat yang ada pada mereka itu tidak cukup jika pemuzik busker ini tidak diberi peluang untuk berada dalam industi. “Secara realiti, saya lihat ramai pemuzik busker tempatan yang berbakat ada di negara ini. "Cuma karya mereka ini kurang diketengahkan kepada tempat yang betul menyebabkan orang sukar mengetahui muzik yang ingin mereka perjuangkan. "Jika diberi peluang yang sewajarnya, mereka mampu untuk bersaing dengan artis-artis yang berada dalam industri," katanya kepada Astro Gempak. MonoloQue berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Busker, di e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini. Tambah MonoloQue, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi pengarah muzik dalam filem ini sekali gus memberi sesuatu terhadap kemajuan pemuzik busker tempatan. “Selain mengarah muzik, saya juga berlakon dalam filem ini. Memang satu pengalaman yang mengujakan. "Jangan lupa menyaksikan Busker kerana ia merupakan sebuah filem yang menarik untuk ditonton," ujarnya. Selain MonoloQue, filem Busker turut dibintangi oleh Hafeez , Dayan , Trisha, Lia Natalia, Anas Ridzuan, Bulan dan Mas Khan. Filem ini juga turut diserikan dengan beberapa penampilan khas seperti Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimet. Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 18 Feb 2019
"So I Can See That Both Of You Are In Relationship" - Netizen Speku Ismail Izzani Bercinta Dengan Shalma Eliana? 18 Feb 2019
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 18 Feb 2019
"Tak Tahu Niat Mereka, Mungkin ..." - Haqiem Rusli Tarik Balik Respon Panas Muzik Video Spoof Drama Band 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 12,191
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 3,259
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 3,009