Wow! Lihat Evolusi Wanita Tercantik Dunia 2017, Liza Soberano

5 Januari 2018. 11.54 AM
7,886
Hiburan
Wow! Lihat Evolusi Wanita Tercantik Dunia 2017, Liza Soberano
Pelakon muda terkenal Filipina, Liza Soberano, dipilih sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2017 oleh sebuah portal gaya hidup terkemuka, TC Candler.

Portal yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat itu sudah mengeluarkan senarai 100 wanita tercantik di dunia sejak 28 tahun yang lalu.

Soberano, 20, berdarah kacukan Filipina-Amerika, dikenali di Malaysia menerusi drama Forevermore.

Tempat kedua dan ketiga diisi oleh peragawati Perancis, Thylane Blondeau dan penyanyi Taiwan, Chou Tzu-yu.

Pelakon dan peragawati dari Malaysia, Yumi Wong, turut tersenarai di tempat ke 57.

Antara nama-nama besar yang berjaya memasuki senarai itu ialah Emma Watson (14), Emilia Clarke (26) dan Natalie Portman (50).

Apa kata kita saksikan evolusi wanita tercantik dunia, Liza Soberano dari kecil hingga usia 20 tahun.





















Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: ABS-CBN

Artikel Berkaitan