“Buskers Dekat Dengan Diri Saya”- Hafeez Mikail

5 Januari 2018. 10.26 AM
872
Hiburan
“Buskers Dekat Dengan Diri Saya”- Hafeez Mikail
Pelakon Hafeez Mikail mengakui tertarik dengan jalan cerita ditampilkan dalam filem Busker.

Hafeez atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Muhammad Zaki, 25, berkata, dia agak gementar sebelum memulakan penggambaran kerana percaya penerbit Astro Shaw sangat mementingkan kualiti produk mereka.

"Jalan cerita yang disampaikan dalam filem ini amat menarik dan saya bersyukur kerana dipilih untuk memegang watak utama dalam filem Busker.

"Filem ini amat dekat dengan saya meskipun saya harus belajar bermain alat muzik dengan MonoloQue dalam masa beberapa bulan sahaja.

"Sejujurnya, saya suka mencuba sesuatu yang baru dan lagu-lagu dalam filem ini diolah sepenuhnya oleh MonoloQue.

"Saya juga mengambil kelas lakonan untuk memantapkan lagi mutu lakonan kerana saya mahu memberikan yang terbaik dalam filem ini," katanya kepada Astro Gempak.

Hafeez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Busker, di e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Hafeez, filem Busker turut dibintangi oleh Dayan, Anas Ridzuan, Bulan, Jihan Muse dan Mas Khan.

Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan