Sheila On 7 Datang KL Lagi! Tak Sabar Nak Tunggu Februari 2018!

Nusantara
Sheila On 7 Datang KL Lagi! Tak Sabar Nak Tunggu Februari 2018!
Kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 atau SO7 bakal kembali ke Kuala Lumpur dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall.

Konsert berjudul Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur 2018 itu bakal bermula pukul 8.30 malam.
 
Berdurasi dua jam 30 minit, konsert itu bakal menampilkam kumpulan lagenda Indonesia tersebut repertoir daripada album pertama mereka, sehinggalah lagu-lagu seperti Sephia, Pria Kesepian, Melompat Lebih Tinggi dan Seberapa Pantas yang merupakan lagu kegemaran ramai.
 
Dianjurkan oleh No Fear Sdn. Bhd. dan Shiraz Projek Sdn. Bhd., konsert berkenaan diadakan bertujuan meraikan sokongan besar ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini.
 
Tiket-tiket dijual bermula 21 Disember lalu dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (Silver) serta boleh dibeli menerusi www.myticket.asia.

Sebagai tawaran istimewa, diskaun sebanyak 15 peratus disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet).
 
Peminat setia Sheila On 7 juga akan mendapat peluang bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan cenderahati percuma.
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-8605 0195, 012-256 0082 atau layari www.shirazprojects.com.
 
 

Artikel Berkaitan