“Saya Hanya Duduk, Tak Boleh Tidur Rasa Macam Anxiety” – Elizad

28 Disember 2017. 5.31 PM
19,294
Drama
“Saya Hanya Duduk, Tak Boleh Tidur Rasa Macam Anxiety” – Elizad
Pelakon Syurga Yang Kedua, Elizad akui berasa gelisah dan sukar untuk tidur sekiranya tidak membuat rujukan terhadap watak yang diterima untuk sesebuah naskah yang ditawarkan.
 
Menurut Elizad, perkara itu terjadi kerana dia mahu watak yang dibawanya itu berkesan dan dihargai penonton.
 
“Saya memang jenis orang yang boleh duduk berjam-jam dan buat rujukan bila dapat sesuatu naskah.
 
“Kalau tak buat saya akan rasa resah, tidak selesa dan tidak boleh tidur rasa macam gangguan kecemasan (anxiety).
 
“Itu adalah saya, tak boleh nak elak. Jiwa memang pada lakonan sebab itu tidak mahu ambil remeh.
 
“Saya sangat sukakan kerja saya, setiap karakter yang dibawa berlainan dan saya mahu orang hargai lakonan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Selain Elizad, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.
 
Menerusi drama tersebut, Elizad melakonkan watak Sabrina, wanita terpaksa melalui kehidupan poligami apabila suaminya dipaksa berkahwin lain oleh ibu mentuanya atas alasan inginkan waris dalam keluarga.
 
Syurga Yang Kedua disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.
 

Foto: Instagram @elizadsharifuddin / @elizad_team
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan