Jom Tiru Stacy & Noh, Memang Sempoi Cara Mereka Jaga Kesihatan

Gaya Hidup
Jom Tiru Stacy & Noh, Memang Sempoi Cara Mereka Jaga Kesihatan
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Stacy dan Noh, mereka ini bukan calang-calang artis jika tidak masakan boleh bertahan sehingga kini.

Stacy memang tak dinafikan ligat di pentas dan terkenal dengan gelaran seperti 'Dancing Queen' (Ratu Menari) dan 'Queen of Pop' (Ratu Lagu Pop) Malaysia.

Malah Stacy juga cukup bertenaga ketika menyanyi sambil menari dan berilah apa sahaja genre lagu  pasti mampu dinyanyikan dengan baik.

Kadang-kala bila lihat aksinya sampai terlupa dia sebenarnya adalah seorang ibu yang mempunyai dua anak dan hanya berusia 27 tahun! #LebihDaripadaSekadarUsia

Manakala Noh pula merupakan vokalis kumpulan Hujan yang terkenal dengan idea gila-gila dan kreatif dalam mencipta lagu.

Tidak cukup dengan itu, Noh juga sedang merancang sebuah projek besar di Jepun dan membuat persediaan untuk projek berkenaan. #LebihDaripadaSeorangPemuzik.

Walaupun sibuk namum mereka berdua tetap tidak lupa untuk menjaga kesihatan.

Jom intai cara mereka!
 
#1 Senaman
 

Senaman dan gaya hidup sihat memang tak dapat dipisahkan. Selain untuk mendapatkan tubuh ideal selepas melahirkan Ehsaal, Stacy juga bersenam untuk mengekalkan staminanya agar mampu beraksi di pentas dengan vokal dan tarian hebat.

Kebanyakan lagu-lagu Stacy berentak rancak jadi sudah tentu Stacy tidak mahu nampak 'pancit' ketika membuat persembahan.
 
#2 Sentiasa Positif

Untuk sentiasa ceria, Noh dan Stacy tidak mengendahkan kata-kata negatif dan menharungi cabaran dengan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Dalam diam mereka telah melebarkan sayap ke bidang perniagaan. Siapa kata artis tidak boleh berniaga?

Noh merupakan seorang usahawan makanan, membuka sebuah kafe di Kuching, Sarawak yang dijadikan hab ekspresi seni golongan muda. Ada sebuah pentas terbuka yang boleh digunakan secara bebas untuk menyanyi, menari atau apa sahaja yang ingin dilakukan.

Stacy pula tidak kurang hebatnya apabila dia memulakan perniagaan kosmetik e-dagang. Bak kata Stacy dalam lagu terbarunya, Cakap ke Tangan, kita tak perlu endahkan mereka yang meragui kemampuan dan buktikan sangkaan mereka salah!
 
#3 Jauhi Alkohol & Rokok

Walaupun membawakan irama rock dan pop ala Perancis yang rapat dengan golongan muda,  Noh tetap fokus pada kerjaya dan impiannya sebagai pemuzik. Noh tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan sentiasa cuba untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan golongan muda.
 
#4 Kerap Beriadah 
 

Jika waktu terluang Stacy dihabiskan dengan beriadah bersama anak-anak, Noh pula lain ceritanya.

Noh telah melakukan aktiviti larian seperti Late Night Selfie Run yang membawa peminat terutamanya golongan yang bekerja untuk berjoging pada waktu malam bersama-sama. Mereka yang hadir dibawa melalui jalan sepanjang hampir 20km. Selain beriadah, larian juga dapat melatih kekuatan fizikal dan stamina.
 
#5 Diet Seimbang
 

Selain gizi seimbang, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan.. Stacy mengamalkan Anlene™ yang menyediakan 50% lebih nutrien*, mengandungi vitamin dan mineral penting, serta kolagen, protein dan tinggi kalsiumi. Penjagaan tulang, sendi dan otot sihat  membantu Stacy untuk capai lebih jauh setiap hari. Kerana Anlene #Lebihdaripadasekadarsusu.
 
Bila badan sihat, barulah dapat lebih kekuatan dan ketahanan agar mudah untuk realisasikan impian dan matlamat.

Betul la orang kata "bukan senang nak senang"... Nak jadi penyanyi juga tidak senang. Pelbagai onak dan ranjau perlu dilalui. Jika mereka boleh, #KitaLebihLagi.

*Susu Anlene mengandungi sekurang-kurangnya 50% lebih mineral (kalsium, magnesium & zink) dan 
 vitamin (vitamin B6 & D) daripada susu biasa yang ditambah dengan vitamin D1,2. Anlene yogurt 
 mengandungi kira-kira 70% lebih kalsium daripada yogurt biasa3
 Berdasarkan rujukan Piawai Pangkalan Data Nutrien USDA untuk Rujukan Taraf:
  1. Berbanding dengan 100g susu tepung biasa
  2. Berbanding dengan 100ml susu biasa
  3. Berbanding dengan 100g yogurt biasa 

Foto: Instagram Stacy & Noh

Artikel Berkaitan