Pelakon dan penyampai radio, Anas Ridzuan mengakui kini sedang memberi fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian. Menurut Anas, 28, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian kerana itu merupakan permulaannya dalam industri hiburan tempatan sebagai penyanyi. "Permulaan saya dalam industri adalah sebagai penyanyi selepas menyertai program Mentor musim keenam. "Alhamdulillah sejak daripada itu saya mula mendapat banyak tawaran lakonan berbanding nyanyian. "Malah ada juga orang tawar saya jadi pengacara dan kemudian rezeki sebagai penyampai radio pula datang. "Namun, saya tak pernah lupakan nyanyian kerana ini merupakan hobi dan minat saya sejak dahulu lagi," katanya kepada Astro Gempak. Anas berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Filem Busker, di Bentley Music, Mutiara Damansara, baru-baru ini. Selain Anas, filem Busker turut dibintangi oleh Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Bulan dan Mas Khan. Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018. Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 18 Feb 2019
"So I Can See That Both Of You Are In Relationship" - Netizen Speku Ismail Izzani Bercinta Dengan Shalma Eliana? 18 Feb 2019
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 18 Feb 2019
"Tak Tahu Niat Mereka, Mungkin ..." - Haqiem Rusli Tarik Balik Respon Panas Muzik Video Spoof Drama Band 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 12,191
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 3,259
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 3,009