Jadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza Idola, Tahfiz Muda Nurul Mahu Banggakan Keluarga

Berita
Jadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza Idola, Tahfiz Muda Nurul Mahu Banggakan Keluarga
Peserta Tahfiz Muda Nurul mengakui kagum dengan keperibadian yang ada pada penghibur nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Nurul atau nama sebenarnya Nurul Syazliana Ayob, 10, berkata, dia menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola untuk meraih kejayaan pada masa depan.

"Saya amat mengagumi bakat yang ada pada Siti Nurhaliza dengan pelbagai pencapaian yang diperoleh dalam dirinya.

"Dia juga merupakan seorang selebriti dan wanita yang luar biasa dan saya menyimpan impian untuk menjadi seperti Siti Nurhaliza.

"Saya juga ada alasan tersendiri kenapa menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola. Saya juga berharap suatu hari nanti saya dapat membanggakan ibu dan ayah dengan kejayaan," katanya kepada Astro Gempak.

Seramai 12 peserta cilik telah dipilih untuk menyertai program Tahfiz Muda musim kedua terbitan Astro Oasis.

Tahfiz Muda 2017 akan diadili sepenuhnya oleh empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafiz, Ustaz Don Daniyal sebagai ‘Hakim Munabbih (Hafazan) dan Ustazah Sharifah sebagai ‘Hakim Tilawah & Taranum’ serta Ustaz Zambri sebagai ‘Hakim Tajwid’.

Manakala Iman Muda Asyraf diberi tanggungjawab sebagai pengacara dan Elfira Loy akan menggalas tugas Pengacara Rehal.



Untuk musim ini, Almas Beauty & Health sekali lagi hadir selaku penaja utama dengan memperkenalkan produk IQ Danish untuk membantu dalam merangsang minda kreatif, meningkatkan sistem imunisasi & antibodi badan.

IQ Danish merupakan satu produk minda dan kesihatan berasaskan makanan sunnah dan moden yang dihasilkan dalam bentuk tablet untuk memudahkan pengambilannya khasnya buat kanak-kanak.



IQ Danish membantu meransang minda kreatif, meningkatkan sistem imunisasi dan antibodi badan, meningkatkan daya ingatan & hafalan serta daya tumpuan minda, membekalkan sumber pemakanan yang lengkap & seimbang serta meningkatkan sistem pencernaan.

Jangan lupa untuk mendapatkan IQ Danish untuk memastikan kecedasan IQ anak-anak anda dengan hanya mengunyah 2 atau 3 biji tablet sehari selepas makan. 
 

Artikel Berkaitan