Disyaki Masuk Syria Secara Haram, UNIC Kini Ditahan

15 Disember 2017. 10.48 AM
5,885
Hiburan
Disyaki Masuk Syria Secara Haram, UNIC Kini Ditahan
Kumpulan Nasyid UNIC yang kini berada di Syria untuk misi bantuan kepada pelarian dilaporkan ditahan pihak polis di sana.

Menerusi entri yang dikemaskini oleh ‘ admin’ atau pengurus Instagram (IG) @unicofficials melaporkan UNIC ditahan kira-kira sejak 14 jam yang lalu dan masih tiada apa-apa khabar berita mengenai mereka.

Pengurus IG itu turut meminta agar semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tiga ahli UNIC itu iaitu Fakhrul, Bazli dan Nakdi dengan hashtag #prayforunic

Dalam entri sebelum itu, UNIC memuat naik foto passport mereka yang tertera cop meminta mereka merujuk ke mana-mana balai polis berdekatan dalam masa terdekat.

UNIC turut memuat naik video mereka bertiga dan memberitahu mereka disyaki pihak kastam cuba memasuki Syria secara haram dan bakal menyerah diri ke balai polis.

Bazli beberapa kali meminta agar rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan urusan mereka dipermudahkan.

UNIC berangkat ke Syria sejak 5 hari lalu bersama Muslim Care Malaysia.
 
 

[admin] - diberitakan unic kini ditahan #prayforunic

A post shared by UNIC (@unicofficials) on

 

DOAKAN KAMI !!!

A post shared by UNIC (@unicofficials) on

 

(admin) - 3 jam sudah berlalu, masih tiada update dari UNIC #prayforunic

A post shared by UNIC (@unicofficials) on

Teks oleh: Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan