Red Velvet Serlahkan Nama Saya – Alif Hadi

16 November 2017. 8.17 PM
4,900
Drama
Red Velvet Serlahkan Nama Saya – Alif Hadi
Pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui drama bersiri Red Velvet mengukuhkan namanya sebagai seorang aktor.

Watak Daniyal lakonan Alif Berjaya membuatkan namanya meniti di bibir peminat biarpun sebelum ini jejaka itu sering berlakon dalam drama-drama lain.

“Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya. Saya sangat bersyukur kerana drama bersiri Red Velvet serlahkan nama saya.

“Saya akui sebelum ini saya banyak membintangi drama tetapi drama bersiri Red Velvet membuatkan nama saya semakin dikenali,” katanya.

Tambah Alif, faktor waktu tayangan drama bersiri Red Velvet yang disiarkan sewaktu slot Megadrama merupakan salah satu penyebab wataknya menjadi bualan peminat.

“Slot Megadrama memang popular dan menjadi perhatian. Rezeki itu muncul tepat pada masanya dan saya sangat bersyukur dapat menjayakan slot ini.

“Saya berharap agar peminat dapat menyokong drama bersiri ini sehingga ke episode akhir nanti,” katanya ketika ditemui di Majlis Tamat Penggambaran Red Velvet di SukaSucre Bistro, baru-baru ini.
 
Majlis serba ringkas itu telah mendapat penajaan lokasi dan makanan oleh pemilik SukaSucre Bistro, Datuk Fazley Yaakob.
 
Bukan itu sahaja, SukaSucre Bistro juga menjadi salah satu lokasi penggambaran drama ini termasuk kemunculan Fazley sendiri sebagai penampilan khas.
 
Antara hidangan yang disediakan oleh SukaSucre Bistro adalah Pasta Daging Salai Lemak Cili Api, Meehoon Goreng, Nasi Goreng Ayam, kek cawan Red Velvet dan kuih-muih.
 
Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 
Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @alifhadi
 

Artikel Berkaitan