Ayah Akan Rindu Nak Baca Quran Dengan Syahid Lagi...– Video Bazli UNIC Undang Sebak

7 Jun 2017. 3.45 PM
5,739
Hiburan
Ayah Akan Rindu Nak Baca Quran Dengan Syahid Lagi...– Video Bazli UNIC Undang Sebak
Sebuah video yang dimuatnaik anggota UNIC, Bazli di laman Instagram (IG) dua jam selepas pemergian anak sulungnya pagi tadi telah mengundang rasa sebak dikalangan pengikutnya.

Entri tersebut telah menarik 272 ribu penonton dan hampir 3 ribu komen yang rata-ratanya sayu melihat telatah Syahid menerusi video tersebut.

Bazli telah menulis kapsyen; “Syahid...Ayah akan rindu nak baca Quran dengan Syahid lagi nak...” pada video yang memaparkan Syahid menyambung surah At-Tin yang dibaca ayahnya (Bazli).

 
 

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on


Selain ucapan takziah, pengikut IG Bazli turut menyatakan rasa kagum mereka melihat kebijaksanaan kana-kanak berusia empat tahun itu menghafal ayat suci Al-Quran.

Sementara itu, Bazli ketika ditemui media di Hospital Kuala Lumpur memberitahu, dia reda dengan pemergian Syahid.

"Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan," ujar Bazli seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Muhammad Syahid, 3 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi, hari ini kerana menghidap barah limfoma.

Menurut Bazli atau nama sebenanrnya Bazli Hazwan, keadaan kesihatan Syahid merosot sejak tiga hari lalu dan dia sering merintih kerana kesakitan.

"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti," katanya

Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor.
 

Artikel Berkaitan