Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid...- Bazli UNIC

7 Jun 2017. 8.51 AM
37,919
Hiburan
Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid...- Bazli UNIC
Anak kepada salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, 33, meninggal dunia sebentar tadi.
 
Anak Bazli, Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
 
Bazli memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya, @bazliunic.
 
"Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan syahid.. Anakku...," tulis Bazli.
 
 

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku...

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on


Anak Bazli yang merupakan salah seorang kanak-kanak autisme lahir pada 27 Oktober 2013.
 
Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan.
 
Setelah mengalami proses diagnosis, Syahid disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.
 
Takziah Astro Gempak ucapkan kepada Bazli dan seluruh ahli keluarga atas pemergiaan Syahid.
 
Di bawah merupakan rakaman video terakhir Bazli bersama Syahid di IG yang dimuatnaik enam hari lalu.
 
 

@syahid_bintangsyurga baca quran dgn ayah. Alhamdulillah sepanjang d wad beberapa bulan syahid dh hampir hafal keseluruhan surah Al Mulk. Walaupn syahid sakit tp masih cuba utk ralit bc Quran dgn ayah.. Dah 3minggu berlalu proses kimo ke4 tp kesannya masih lagi tinggal dalam badan syahid kulit syahid kering mengelupas, ayah sapu minyak pelembap pd badan syahid. Punggug syahid hampir sembuh dr luka melepuh. Tiap kali nak kencing dan berak syahid mesti merintih sakit. Tak sggup ayah dgr tp ayah buat2 dek ttp hiburkan syahid. Ayah umi kena cepat salin pampes segera sbb pedih puggug luka dan kena cermat uruskan badan syahid. Waktu basuh syahid mesti jerit sbb pedih. Tiub hidung br masuk semula kelmarin setelah cubaan utk bg syahid makan secara natural xbjaya. Mudahan susu, madu, buahan blend yg masuk dalam perut syahid akan cepat cover sel2 syahid. 5hari ramadhan yg blalu walaupn ayah sibuk kerja tp time buka ayah akan gagah ke hospital buka bsama syahid dan solat tepi syahid. Moga berkat ramadhan ni syahid lekas sihat naaakkk.. #bintangsyurga #cancer #hkl #pediatrik #lymphoma #kanser #limfoma

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

 
Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

Artikel Berkaitan