Gelagat Red Velvet Seronok Menari Lagu Altimet, Amboi Jadi Viral

24 Mei 2017. 12.06 PM
17,614
Viral
Gelagat Red Velvet Seronok Menari Lagu Altimet, Amboi Jadi Viral
Kumpulan K-Pop Red Velvet menjadi viral selepas video mereka menari lagu penyanyi rap Altimet berjudul Amboi mendapat perhatian.
 
Difahamkan video tersebut dirakamkan oleh Red Velvet ketika mereka melakukan Instagram Live (IG Live) sewaktu persembahan pembukaan Altimet di konsert I-Seoul-U yang berlangsung semalam.
 
Video berdurasi 1.47 minit itu sempat direkodkan oleh peminat sebelum dimuat naik menerusi Twitter.
 
Red Velvet yang dianggotai oleh Irene, Joy, Seulgi, Yeri dan Wendy kelihatan begitu teruja ketika mendengar lagu itu di belakang pentas.
 
Video tersebut memaparkan aksi Yeri dan Joy sedang asyik menari mengikut rentak lagu berkenaan sebelum disertai oleh Wendy.
 
Lebih menarik lagi, Joy dan Wendy juga turut menyebut perkataan 'Amboi' berulang kali sama seperti rangkap lagu tersebut.
 
Dalam pada itu, video berkenaan juga telah dikongsi oleh Altimet di Twitter peribadinya.
 
Konsert I-Seoul-U telah berlangsung dengan meriah bertempat Pusat Convention Center Kuala Lumpur, semalam.
 
Selain Altimet, artis Malaysia yang turut terlibat membuat persembahan pembukaan ialah kumpulan De Fam.
 
I-Seoul-U konsert menampilkan tiga artis popular Korea, Red Velvet, NCT 127 dan Yesung Super Junior.
  Teks oleh: Mya Amri

Kredit foto: MyKpopHuntress / kloseup.com

 

Artikel Berkaitan