Muat Naik Gambar Resit LHDN, Ini Reaksi Pengikut Instagram Nelydia Senrose

23 April 2017. 7.05 PM
10,397
Hiburan
Muat Naik Gambar Resit LHDN, Ini Reaksi Pengikut Instagram Nelydia Senrose

Selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap petang Jumaat lalu, pelakon Nelydia Senrose pada Sabtu telah memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Nelydia telah menulis kapsyen ringkas; "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017".

Di ruangan komen, pelakon tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada pengikutnya.

Ada juga pengikut pelakon yang popular menerusi drama Bukan Aku Tak Cinta itu mempertikaikan tindakan Nelydia yang tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012.

[


Bagaimanapun tiada komen balas daripada Nelydia dan ruangan komen pada foto terbarunya yang sedang bercuti di London, United Kingdom juga telah ditutup.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, pada Jumaat, dikenakan waran tangkap kerana tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Selain itu Nelydia, turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDNM.


Artikel Berkaitan