Eh, Mana Ada Saya Perli Radio ERA - Luqman Podolski

Hiburan
Eh, Mana Ada Saya Perli Radio ERA - Luqman Podolski
Personaliti media sosial, Luqman Podolski menafikan dakwaan dia memerli stesen radio Era menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun instagram (IG)nya.
 
Menurut Luqman atau Luqmanulhakim Kamaruddin, 19, video tersebut dilakukan hanya sekadar untuk menghiburkan pengikut IGnya dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
 
"Video itu saya buat hanya sekadar hiburan, tidak terlintas langsung difikiran untuk memerli ERA.fm atau mana-mana stesen radio.
 
"Saya pun tak sangka pula sampai ada orang buat dakwaan sebegitu.
 
"Sebenarnya tak pun, saya buat sebab nak tonjolkan kreativiti dan idea dalam buat video.
 
"Saya juga nak tunjukkan bagaimana reaksi kita ketika mendengar radio di dalam kereta.
 
"Maklumlah pendengarkan banyak ragam dan yang saya lakonkan itu antara salah satunya," katanya kepada Astro Gempak.
 
Luqman ditemui ketika siri jelajah bersama calon Influence Asia Award hari ini.
 
Influence Asia Award bakal berlangsung esok bertempat di Pusat Konvensyen Center Kuala Lumpur (KLCC).
 
Luqman merupakan wakil Malaysia untuk calon bagi kategori Lifestyle dan breakout influencer.
 
Selain Luqman, personaliti media sosial lain yang terlibat adalah Mira Filzah (Breakout Influencer), Elizabeth Tan ( Laman Sosial Youtube) dan Ucop (Lifestyle).
 
Influence  Asia Award menghimpunkan personaliti media sosial popular dari tujuh buah negara iaitu Malaysia, Korea, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Vietnam.
 
Teks oleh: Mya Amri
 

Artikel Berkaitan