“Saya Takkan Lagi Menjawab Segala Persoalan Mengenai Rumah Tangga Saya” - Datin Alyah

Hiburan
“Saya Takkan Lagi Menjawab Segala Persoalan Mengenai Rumah Tangga Saya” - Datin Alyah
Penyanyi dan juga isteri kepada pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS iatu Datin Alyah mencetuskan kontroversi selepas meninggalkan komen di akaun Instagram suaminya itu dua hari lepas.

Menurut Alyah, perkara itu mungkin paling buruk yang dihadapinya sepanjang tahun ini, dan pada masa yang sama, dia turut meminta maaf seandainya komen itu mengundang rasa kurang selesa segelintir pihak.

Alyah berkongsi perkara ini menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

“Saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya sepanjang tahun ini.

“Sebelum saya meninggalkan komen itu, saya pasti dengan apa yang saya buat dan mengetahui akibatnya.

“Saya tiada niat nak mengaibkan sesiapa dan ini tidak terjadi setiap hari.

“Setelah lapan tahun saya sering menjawab pertanyaan ramai mengenai soal rumah tangga saya, sekarang saya takkan lagi lagi menjawab segala persoalan itu, terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya,” tulisnya sebagai kapsyen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalam Dlm Setahun Ada 12bulan Jgn Kata penyanyi je lah so Kita letak semua manusia dlm Bumi ni.Tak Kira dia cikgu,Dia lawyer,Dia nelayan,Dia apa apa lah atau Dia nietizen skali pon.... Mesti Ada Hari buruk Kita dlm Sepanjang 12bulan tu... Jadi Saya anggarkan 2hari Lepas adalah Hari terburuk Saya utk Sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen Saya di ig (si dia)saya dah tahu apa akibatnya.Dan Saya sgt Pasti dgn apa yg Saya buat.saya bukan budak2 yg baru dapat fon.... Saya tiada Niat utk mengaibkan sesiapa.Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari.Saya Percaya ini jg gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan Saya jg (si Dia) dan Mungkin kami terleka dgn Ego Dan sifat sering menyalahkan... Air tidak perlu mengatakan yg Dia suci,Matahari tidak perlu bagitahu yg Dia kuat,siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yg Dia hebat..... Selama 8 tahun hanya Saya saja yg menjawab Segala persoalan dari anda mengenai rumahtangga Saya.Dan hari ini saya ingin Memberi tahu yg Saya tidak akan Lagi menjawab Segala soalan mengenai rumahtangga Saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.Saya Percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yg ada didlm ini..... Mungkin saya Telah mencuit atau menguris hati hati Di luar Sana...Saya ALYAH dgn serendah diri memohon Maaf kerna Saya Telah membuatkan kamu Kecewa....Namun jauh di Sudut hati Saya tidak bermaksud sedemikian.......

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


Alyah sebelum ini telah meninggalkan komen berunsur sindiran di akaun Instagram Ramli dan telah menimbulkan perbalahan di kalangan pengikut suaminya itu.

Sebelum ini, pelantun lagu Jutaan Purnama ini juga pernah meluahkan perasaannya beberapa kali di Instagram Stories dengan mengatakan dia berasa penat untuk hidup dalam kepura-puraan.

 

Artikel Berkaitan