TUTUP

"Sudah Tiga Tahun Tidak Berjumpa Papa" - Nabila Huda Akui Rindukan Amy Search

Hiburan

Pelakon Nabila Huda menjelaskan tidak pernah bertemu bapanya, Amy Search sejak tiga tahun lalu.

Menurut Nabila, dia enggan mengulas mengenai kemelut yang berlaku dengan  ibu tirinya Nourish sejak beberapa tahun lalu.

"Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa kerana sejak dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia melibatkan ramai pihak dan saya juga mempunyai keluarga di sebelah mertua.

"Saya harap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat kami.

"Sejujurnya, saya mengakui amat rindukan papa kerana sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya," katanya kepada Astro Gempak.

Nabila berkata demkian ketika ditemui pada majlis tayangan drama bersiri KL Gangster Underworld di Suzie Wong, Kuala Lumpur, pada Rabu.

KL Gangster Underworld akan bersiaran di platform penstriman video-atas-permintaan (VOD), iflix, pada hari ini.

Selain Nabila, drama itu dibintangi pelakon handalan seperti Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Fadlan Hazim dan Hasnul Rahmat.

Artikel Berkaitan