Meghan Markle Tidak Dibenarkan Menerima Hadiah? Ini Sebabnya...

Hiburan
Meghan Markle Tidak Dibenarkan Menerima Hadiah? Ini Sebabnya...
Sejak mengahwini Putera Harry, kisah kehidupan Meghan Markle sentiasa menjadi perhatian dari masyarakat di seluruh dunia.

Terbaru, 'Duchess of Sussex' ini telah meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada Sabtu lepas.

Menurut sumber, Meghan telah banyak menerima hadiah dari pelbagai pihak namun terpaksa menolak jika hadiah itu bukan dari permintaannya.

Antara hadiah yang terpaksa ditolak termasuklah pemberian dari selebriti, ahli perniagaan serta firma.

"Pasangan diraja tersebut perlu melakukan demikian kerana itu adalah tradisi keluarga diraja Britain.

"Walaupun begitu, mereka masih diberi kebenaran untuk mempertimbangkan keputusan untuk memilih hadiah yang layak diterima berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan," kata sumber.

Sebelum ini, berita mengenai krisis Meghan bersama bapanya telah tular dan diketahui umum, bekas aktres ini sedang mencuba untuk memperbaiki hubungan bersama ayahnya itu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : www.ok.co.uk

Artikel Berkaitan